Bismillah..

Bismillah..

Tuesday, March 24, 2015

 TAKRIF NASIKH DAN MANSUKH




Nasikh dan Mansukh antara ilmu yang perlu diketahui untuk memahami Al-Quran serta proses perundangan yang dihapuskan Islam. Di mana menerusinya dapat dilihat hikmat Allah dalam mendidik seterusnya ujian kepada manusia. Syariat memelihara kemaslahatan umat. Oleh itu, nasikh perlu ada dan terjadi pada sebahagian hukum. Nasikh adalah sesuatu yang membatalkan, menghapuskan atau memindahkan. Mansukh adalah yang dibatalkan, dihapus, dipindahkan. Dalam erti kata lain, nasikh itu terjadi pada hukum berkaitan halal dan haram. Hukum itu bersumber daripada Allah yang disyariatkan demi kemaslahatan dan kebahagiaan manusia. Justeru, nasikh adalah penghapusan lafaz atau hukum sesuatu nas syarak. Manakala, mansukh adalah nas syarak yang dihapuskan lafaz atau hukumnya.


Apakah yang dimaksudkan dengan nasikh dan mansukh?

Nasikh dan mansukh dalam Al-Quran diungkap beberapa kali diantaranya:
1) Firman Allah SWT:
                                                                         (Surah Al-Baqarah 2:106)
106. apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

---------------------------------------------------------------------------------------
2) Firman Allah SWT:


 Maksudnya:
Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah Yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa Yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya Dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(SURAH AL-HAJJ 22:52)

---------------------------------------------------------------------------------------
3) Firman Allah SWT:



Maksudnya:
 "Inilah surat (tulisan malaikat) kami, ia memberi keterangan terhadap kamu Dengan Yang benar, kerana Sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis Segala Yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"
(SURAH AL-JATHIAH 45:29)

-----------------------------------------------------------------

Pengertian Nasikh dan Mansukh dari segi bahasa adalah sebagaimana berikut.
Terdapat beberapa pendapat mengenai makna Nasikh dari sudut bahasa. Hal ini demikian kerana perkataan tersebut memiliki makna lebih daripada satu, antaranya:

1) Menghilangkan sesuatu.
Makna ini diguna sebagaimana Firman Allah: 


Maksudnya:
Oleh itu,Allah SWT segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan.
(SURAH AL-HAJJ AYAT 32).
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2) Menghapuskan sesuatu.
Makna ini ditegaskan oleh al-Quran:



Maksudnya:
apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan  (batalkan) ,atau yang kami tinggalakan(atau tangguhkan) ,Kami datangkan ganti yang lebih baik darinya,atau yang sebanding dengannya.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 106)
---------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Memindahkan sesuatu dari tempat ke tempat yang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Pengalihan. Sebagai contohnya pengalihan bahagian harta pusaka.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

5) Mengganti atau menukar sesuatu dengan yang lain.

Ia dapat difahami menerusi Firman Allah:


Maksudnya:
Dan apabila kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan).
(SURAH AL-NAHL AYAT 101)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumusannya, Nasikh sudut bahasa mempunyai beberapa pengertian, anataranya: Penghilangan atau al-'Izalah, Penggantian atau al-Tabdil, Pengubahan atau al-Tahwil dan Pemindahan atau al-Naql. Untuk itu, sesuatu yang menghilangkan, menggantikan, mengubah dan memindahkan disebut Nasikh. Manakala, sesuatu yang dihilangkan, digantikan, diubah dan dipindahkan disebut sebagai Mansukh.


----------------------------


Pengertian Nasikh dan Mansukh dari segi istilah pula adalah sebagaimana berikut:

Dari sudut istilah, ulama berbeza pendapat tentang defini Nasikh dan Mansukh, di mana ulama Mutaqaddimin atau Salaf mendefinisikannya dengan berkisar pada maksud:


1) Pembatalan hukum oleh hukum yang datang kemudian.

2) Pengkhususan yang Am atau Umum oleh yang Khas atau Khusus.


3) Menjelaskan yang Mubham dan Mujmal dengan penjelasan yang datang kemudian.


4) Taqyid yang Mutlaq, penetapan syarat bagi yang tidak bersyarat.Definisi Nasikh dan Mansukh merangkumi Am dan Khas serta Mutlaq juga Muqayyad.


a) Menurut al-Baqillani, Ibn Hajib dan al-Subki: Nasikh adalah mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang datang kemudian.

b) Menurut al-Ghazali, al-Syirazi dan al-Amidi: Nasikh merupakan kitab yang menunjukkan terangkatnya hukum yang telah ditetapkan menerusi kitab yang tiba selepasnya. Dimana jika tanpa kitab itu, maka hukum yang pertama tetap berlaku.


c) Menurut al-Baydawi: Nasikh adalah suatu keterangan berakhirnya hukum syarak dengan kaedah syarak yang datang selepasnya. Rumusannya, Nasikh dari sudut istilah ulama Khalaf atau Muta'akhirin ialah: Ketentuan hukum yang datang kemudian iaitu utnuk membatal atau menyatakan berakhirnya masa perlaksanaan hukum terdahulu sekaligus ketentuan yang berlaku ialah yang ditetapkan terakhir atau terkemudian.

1 comment:

  1. How to make money from poker - How to make money
    A poker strategy revolves around kadangpintar a strategy whereby each player must either lose หารายได้เสริม money 1xbet or place a bet in order to win some money. A player wins money

    ReplyDelete