SYARAT AL NASAKH...
Untuk menasakhkan sesuatunas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu,iaitu:
A) (ان يكون الحكم المنسوخ حكما شرعيا عليما لا عقليا) ,
iaitu hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap.Contohnya: setiap yan hidup pasti mati.Ia tidak mungkin dpaat dinaskhkan lagi.
B) (ان يكو ن الحكم المنسوخ ليس كليا) ,
iaitu hukum yang dinaskhkan dan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh atau kulli.Justeru itu, al-Qawa'id al-Kulliyayah serta apa yang disepakati oleh ulama sudut kebaikan dan keburukan,seperti: Amanah,adil,zalim,bohong, dan lainnya tidak mungkin dapat dinaskhkan.
C) ( ان يكون الحكم المنسوخ متقد ما في الترول عن النا سخ) .
Hendaklah hukum yang diganti (المنسوخ) turunnya lebih dahulu dari pengganti ( النسخ ).
D) (ان يكون الحكم المنسوخ ثا بتا بنص غير مؤبد نصا ).
Hukum yang digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas.Jika begitu akan menimbulkan percanggahan,kerana yang menurunkan nas pengganti dan yang diganti atau nasikh dan mansukh adalah Allah SWT. Justeru itu,ulama fiqh sepakat jihad tidak akan dinasakhkan.Sebagaimana sabda Baginda Riwayat Anas bin Malik:
الجهاد ماض منذ بعثني الله الى ان يقا تل اخر امتي الخا ل
Maksudnya: Jihad itu dilangsungkan sejak daku diutuskanhingga orang terakhir dikalangan umatku membunuh Dajjal.
E) (ان يكون المنسوخ عنه اهلا للتكليف ) .
Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif.Di samping itu dinaskhkan hukum sebelumnya.
F) ( ان يكون النا سخ خطا يا من الله معا د لا للمنسوخ في قوة ثبوتة ودلا لته او اعلى ).
Hendaklah pengganti adalah kitab daripada Allah yang kedudukannya adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan dialahnya.
G) ( تحقق التعا رض بين الدليلين حبيث لا يمكن الجمع بينهما بو جه صحيح ) .
Jelas pententangan diantara kedua dalil,iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinka, seperti: Ta'wil ,nas tersevut tidak dapat dinaskhkan. Menurut pendapat Imam As-Syafie dan Imam Ahmad ,hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya,tetapi sama sudut jenis.
H) ( ان يكون المنسوخ مما يمكن فيه النسخ كالا حكام الفرعيه ) .
Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al-Nasakh , seperti: Hukum furu' . Seterusnya,kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat Baginda.
Bismillah..
Wednesday, March 25, 2015
CONTOH AYAT NASIKH & MANSUKH
Apakah ayat-ayat berkaitan dengan nasikh & mansukh ?
Ayat-ayat berkaitan Nasikh dan Mansukh sebagaimana dikaji oleh al-Suyuti,antaranya sebagaimana berkut:
1) Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 115:
115. dan Allah jualah Yang memiliki
timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk
mengadap Allah) maka di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.
Dimana ayat tersebut dinaskh dengan firman Allah surah al-Baqarah ayat 149&150, iaitu ;
Surah Al-Baqarah 2: 149 dan 150
149. dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan
sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan
Sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. dan
(ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan Segala apa Yang kamu lakukan.
150. dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan
sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di
mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada
lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali
orang-orang Yang zalim di antara mereka (ada sahaja Yang mereka jadikan
alasan). maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah
kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu,
dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara Yang benar).
2) Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 180:
Surah Al-Baqarah 2:180
180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai
suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
Ulama berselisih pendapat tentang Nasikhnya.Dimana menurut jumhur ulama,ia dinasakh dengan ayat mawarith.seterusnya ada ulama mengatakan ia dinasakh dengan Hadith iaitu Sabda Rasulullah SAW:
ولاوصية لوارث
Maksudnya: Tidak boleh berwasiat kepada waris. (al-Tirmizi,al-Wasaya,2047)
Selain itu,terdapat juga pendapat mengatakan ia Mansukh dengan Ijmak,bahawa tidak wajib wasiat untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat.Di samping itu,ada juga pandangan yang menyatakan ayat ini adalah Muhkam dan tidak Mansukh.
3)Firman allah Surah Al-Baqarah ayat 184:
115. dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.
Surah Al-Baqarah 2: 149 dan 150 |
150. dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang Yang zalim di antara mereka (ada sahaja Yang mereka jadikan alasan). maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara Yang benar).
2) Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 180:
Surah Al-Baqarah 2:180 |
180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai
suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
Ulama berselisih pendapat tentang Nasikhnya.Dimana menurut jumhur ulama,ia dinasakh dengan ayat mawarith.seterusnya ada ulama mengatakan ia dinasakh dengan Hadith iaitu Sabda Rasulullah SAW:
ولاوصية لوارث
Maksudnya: Tidak boleh berwasiat kepada waris. (al-Tirmizi,al-Wasaya,2047)
Selain itu,terdapat juga pendapat mengatakan ia Mansukh dengan Ijmak,bahawa tidak wajib wasiat untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat.Di samping itu,ada juga pandangan yang menyatakan ayat ini adalah Muhkam dan tidak Mansukh.
3)Firman allah Surah Al-Baqarah ayat 184:
Ayat tersebut mansukh dengan firman Allah pada surah Al-Baqarah auat 185:
(Surah Al-Baqarah 2:185)
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu
berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang
salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang
sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan
ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
4)Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 240:
Ayat tersebut mansukh dengan firman Allah pada surah Al-Baqarah auat 185:
(Surah Al-Baqarah 2:185) |
4)Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 240:
(Surah Al-Baqarah 2:240) |
240. dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini Mansukh dengan Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 234:
(Surah Al-Baqarah 2:234) |
234. dan orang-orang Yang meninggal
dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah
isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh
hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya
bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang
baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui
Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.
5)Firman Allah Surah Al-Imran ayat 102
(Surah Al-Imran 3:102) |
102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.
Al-Suyuti menyatakan bahawa tidak ada ayat dalam al-Quran paling sahih tentang Nasikh dan Mansukh kecuali ayat ini.Dimana ada ulama mengatakan ia Mansukh dengan Firman Allah Surah Al-Taghabun ayat 16:
(Surah al-taghabun 64:16) |
16. oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya) serta Taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
Namun begitu,bagi golongan yang tidak mengakui berlaku Nasikh dan Mansukh hukum dalam al-Quran memberikan hujah dan alasan bahawa ayat-ayat tersebut bukan Nasakh.Ia mentakhsis atau boleh dikompromikan atau berlaku menurut masa tertentu atau mempunyai sebab yang berbeza sehingga hukumnya juga berbeza.
APAKAH BAHAGIAN-BAHAGIAN NASIKH DAN MANSUKH?
Nasikh ini berlaku ketika terdapat dua dalil dari sumber syarak yang bertentangan dan tidak terdapat di sana jalan penyelesaian dari mana-mana bentuk takwil. Dalil yang diturunkan dahulu dinamakan Mansukh dan dalil yang diturunkan berikutnya dinamakan Nasikh.
Bahagian-bahagian Nasikh dan Mansukh ini terbahagi kepada tiga bab iaitu Dalil Yang Menasakhkan, Bentuk Nasikh Sudut Tilawah Juga Hukum dan Bahagian Nasikh Sudut Cakupan.
1) Dalil Yang Menasakhkan
Berdasarkan kaedah umum syariat Islam, sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkan kecuali dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya. Terdapat dua jenis dalil yang menasakhkan, iaitu: Nasikh dengan dalil berbentuk nas dan Nasikh dengan dalil bukan berbentuk nas.
_____________________________________________________________
a) Nasikh Dengan Dalil Berbentuk Nas
a) Nasikh Dengan Dalil Berbentuk Nas
Nasikh dengan dalil syarak yang berbentuk nas dapat dikemukakan sebagaimana berikut, iaitu:
i) Nasikh Al-Quran dengan Al-Quran
Ulama sepakat mengatakan nas Al-Quran harus menasakhkan nas Al-Quran yang lain iaitu apabila dalalah kedua-duanya adalah sama. Hal itu, kerana ia dikira sama sudut kekuatan.
ii) Nasikh Al-Quran dengan Hadith
Menasakhkan Al-Quran dengan hadith, ulama berselisih pendapat tentang keharusannya. Dimana pendapat ulama dapat dijelaskan sebagaimana berikut:
- Jumhur ulama: Harus Al-Quran dinasakhkan dengan hadith Mutawatir, kerana ia diiktiraf sudut kekuatan. Hujah yang menyokong pendapat mereka berdasarkan hukum wasiat kepada ibubapa dan kerabat.
- Ulama Hnafi: Harus Al-Quran dinasakhkan dengan hadith Mutawatir dan hadith Masyhur. Hal itu, kerana ia dikira hampir setaraf dengan Al-Quran sudut kekuatan.
- Sebahagian ulama dan Imam al-Syafi'i: Tidak harus menasakhkan Al-Quran dengan hadith, biarpun hadith tersebut bertaraf Mutawatir atau Masyhur.
iii) Nasikh Hadith dengan Hadith
Berkaitan menasakhkan hadith dengan hadith terdapat perselisihan ulama. Perselisihan tersebut adalah seperti berikut:
- Jumhur Ulama: Mereka bersepakat mengatakan harus menasakhkan hadith dengan hadith tetapi dengan syarat ia mestilah setaraf sudut pensabitan dan dalalahnya. Berkaitan hal ini, ulama sepakat mengatakan hadith Mutawatir boleh dinasakhkan sengan hadith Mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya pula, hadith Ahad hanya dapat menasakhkan hadith Mutawatir. Antara contoh hadith yang menasakhkan hadith ialah Rasulullah S.A.W pernah menegah para sahabat menziarahi kubur kerana sebab-sebab tertentu. Namun selepas itu, Baginda S.A.W tidak menegah perbuatan tersebut.
- Ulama Hanafi: Hadith Ahad harus dinasakhkan dengan hadith Mutawatir dan Masyhur. Hal itu, kerana kedua-duanya lebih kuat daripada hadith Ahad.
iv) Nasikh Hadith dengan Al-Quran
Jumhur ulama berpendapat Al-Quran harus menasakhkan hadith. Contohnya dalam perbualan Rasulullah S.A.W dan Sahabat menghadap ke arah Baitul Maqdis ketika solat.
_____________________________________________________________
b) Nasikh dengan Dalil Bukan Berbentuk Nas
b) Nasikh dengan Dalil Bukan Berbentuk Nas
i) Nasikh Al-Quran dan Hadith dengan Ijmak
Jumhur ulama mengatakan ijmak tidak harus menasakhkan Al-Quran bdan hadith. Hal itu, kerana apabila sesuatu nas itu qat'i maka tidak mungkin berlaku ijmak yang menyalahinya. Seandainya pula apabila nas itu nas zanni, maka kemungkinan berlaku ijmak menyebelahinya. Namun begitu, ijmak hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan ulama yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.
ii) Nasikh Ijmak dengan Al-Quran atau Hadith
Apabila ijmak tidak harus menasakhkan Al-Quran atau hadith, begitu juga sebaliknya iaitu tidak harus Al-Quran atau hadith menasakhkan ijmak. Hal ini kerana, yang menasakhkan itu mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan sedangkan Al-Quran dan hadith mendahului ijmak. Hal itu, kerana ijmak diperlukan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W dan nasakh hanya berlaku ketika Rasulullah S.A.W masih hidup dan tidak berlaku selepas kewafatannya.
iii) Nasikh Ijmak dengan Ijmak
Jumhur ulama berpendapat bahawa ijmak tidak harus menasakhkan ijmak yang lain. Hal ini kerana apabila ijmak terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.
iv) Nasikh Al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas
Mengikut pendapat jumhur, tidak harus dinasakhkan Al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas. Begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan Al-Quran atau Hadith atau Ijmak. Hal tersebut, kerana syarat sah Qiyas ialah dengan tidak menyalahi nas Al-Quran, Hadith dan Ijmak. Sekiranya Qiyas menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
v) Nasikh Qiyas dengan Qiyas
Adalah tidak harus Qiyas menasakhkan Qiyas yang lain.
--------------------------------------------------------------------------------
2) Bentuk Nasikh Sudut Tilawah Juga Hukum
2) Bentuk Nasikh Sudut Tilawah Juga Hukum
Nasikh dan Mansukh dalam Al-Quran ada tiga bentuk berdasarkan bacaan dan hukumnya, iaitu:
i) Nasikh Bacaan dan Hukum
Ulama bersepakat bahawa harus berlaku Nasikh dan Mansukh sudut bacaan tanpa hukum atau sebaliknya dan kedua-duanya sekali.
ii) Nasikh Hukum tanpa Bacaan
Ulama menyatakan harus menasakhkan hukum dalam ayat, tetapi tidak pada bacaannya. Hikmat hukum ini diangkat dan bacaan ayat tersebut kekal ialah untuk mengetahui hukum dan beramal dengannya.
iii) Nasikh Bacaan tanpa Hukum
Jumhur ulama sepakat mengatakan Nasikh dan Mansukh bentuk ini harus berlaku. Sebagai contoh pada surah al-Azhab ayat tersebut dahulunya telah dimansukh sudut bacaannya sahaja, namun hukumnya masih dipakai iaitu penzina lelaki dan perempuan yang telah berkahwin, hukumnya direjam kedua-duanya.
-----------------------------------------------------------------------------
3) Bahagian Nasikh Sudut Cakupan
i) Nasikh Soreh
Nasikh secara terang atau soreh, iaitu syarak menjelaskan dan menyatakan secara terang berkaitan ayat yang diturunkan, kemudian syariat membatalkan atau menasakhkan syariat terdahulu. Hal itu dapat dibuktikan melalui kenyataan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W dimana Rasulullah S.A.W melarang umatnya daripada menziarahi kubur. Kemudian hukum tersebut telah dinasakhkan dalam hadith yang sama dengan memberi keizinan kepada umatnya untuk menziarahi kubur.
ii) Nasikh Dimni
Nasikh secara kandungan atau dimni adalah nasikh yang mana syarak mensyariatkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu sehingga tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut melainkan ia perlu dibatalkan salah satu daripadanya. Justeru, hukum terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas atau terang. Sebagai contoh, dalam surah al-Baqarah 2:240, ayat tersebut menjelaskan iddah isteri yang kematian suaminya adalah setahun tanpa keluar daripada rumah. Sesungguhnya ini adalah hukum yang pertama diturunkan oleh Allah untuk wanita yang beriddah kerana kematian suami. Namun begitu, Allah telah menurunkan ayat lain untuk menggantikan ayat di atas. Dimana Allah meringankan beban wanita yang kematian suami yang iddahnya setahun kepada empat bulan sepuluh hari.
Nasikh secara kandungan atau Dimni itu pula terbahagi kepada dua bahagian yang lain iaitu Nasikh Kulli atau secara keseluruhan dan Nasikh Juz'i atau secara berasingan.
Tuesday, March 24, 2015
TAKRIF NASIKH DAN MANSUKH
Nasikh dan Mansukh antara ilmu yang perlu diketahui untuk memahami Al-Quran serta proses perundangan yang dihapuskan Islam. Di mana menerusinya dapat dilihat hikmat Allah dalam mendidik seterusnya ujian kepada manusia. Syariat memelihara kemaslahatan umat. Oleh itu, nasikh perlu ada dan terjadi pada sebahagian hukum. Nasikh adalah sesuatu yang membatalkan, menghapuskan atau memindahkan. Mansukh adalah yang dibatalkan, dihapus, dipindahkan. Dalam erti kata lain, nasikh itu terjadi pada hukum berkaitan halal dan haram. Hukum itu bersumber daripada Allah yang disyariatkan demi kemaslahatan dan kebahagiaan manusia. Justeru, nasikh adalah penghapusan lafaz atau hukum sesuatu nas syarak. Manakala, mansukh adalah nas syarak yang dihapuskan lafaz atau hukumnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan nasikh dan mansukh?
Nasikh dan mansukh dalam Al-Quran diungkap beberapa kali diantaranya:1) Firman Allah SWT:
(Surah Al-Baqarah 2:106) |
106. apa sahaja ayat keterangan
Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan),
Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding
dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu?
---------------------------------------------------------------------------------------
2) Firman Allah SWT:
Dan tidaklah Kami mengutuskan
sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita
(supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah Yang dibawanya), maka Syaitan pun
melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya;
oleh itu, Allah segera menghapuskan apa Yang telah diganggu oleh Syaitan,
kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya Dengan kukuhnya; dan Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(SURAH AL-HAJJ 22:52)
---------------------------------------------------------------------------------------
3) Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Inilah surat (tulisan
malaikat) kami, ia memberi keterangan terhadap kamu Dengan Yang benar, kerana
Sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis Segala Yang kamu telah
lakukan (di dunia dahulu)!"
(SURAH AL-JATHIAH 45:29)
-----------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
Pengertian Nasikh dan Mansukh dari segi bahasa adalah sebagaimana berikut.
Terdapat beberapa pendapat mengenai makna Nasikh dari sudut bahasa. Hal ini demikian kerana perkataan tersebut memiliki makna lebih daripada satu, antaranya:1) Menghilangkan sesuatu.
Makna ini diguna sebagaimana Firman Allah:
Maksudnya:
Oleh itu,Allah SWT segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan.
(SURAH AL-HAJJ AYAT 32).
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2) Menghapuskan sesuatu.
Makna ini ditegaskan oleh al-Quran:
Maksudnya:
apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) ,atau yang kami tinggalakan(atau tangguhkan) ,Kami datangkan ganti yang lebih baik darinya,atau yang sebanding dengannya.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 106)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
3) Memindahkan sesuatu dari tempat ke tempat yang lain.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
4) Pengalihan. Sebagai contohnya pengalihan bahagian harta pusaka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
5) Mengganti atau menukar sesuatu dengan yang lain.
Ia dapat difahami menerusi Firman Allah:
Maksudnya:
Dan apabila kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan).
(SURAH AL-NAHL AYAT 101)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Rumusannya, Nasikh sudut bahasa mempunyai beberapa pengertian, anataranya: Penghilangan atau al-'Izalah, Penggantian atau al-Tabdil, Pengubahan atau al-Tahwil dan Pemindahan atau al-Naql. Untuk itu, sesuatu yang menghilangkan, menggantikan, mengubah dan memindahkan disebut Nasikh. Manakala, sesuatu yang dihilangkan, digantikan, diubah dan dipindahkan disebut sebagai Mansukh.
----------------------------
Pengertian Nasikh dan Mansukh dari segi istilah pula adalah sebagaimana berikut:
Dari sudut istilah, ulama berbeza pendapat tentang defini Nasikh dan Mansukh, di mana ulama Mutaqaddimin atau Salaf mendefinisikannya dengan berkisar pada maksud:1) Pembatalan hukum oleh hukum yang datang kemudian.
2) Pengkhususan yang Am atau Umum oleh yang Khas atau Khusus.
3) Menjelaskan yang Mubham dan Mujmal dengan penjelasan yang datang kemudian.
4) Taqyid yang Mutlaq, penetapan syarat bagi yang tidak bersyarat.Definisi Nasikh dan Mansukh merangkumi Am dan Khas serta Mutlaq juga Muqayyad.
a) Menurut al-Baqillani, Ibn Hajib dan al-Subki: Nasikh adalah mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang datang kemudian.
b) Menurut al-Ghazali, al-Syirazi dan al-Amidi: Nasikh merupakan kitab yang menunjukkan terangkatnya hukum yang telah ditetapkan menerusi kitab yang tiba selepasnya. Dimana jika tanpa kitab itu, maka hukum yang pertama tetap berlaku.
c) Menurut al-Baydawi: Nasikh adalah suatu keterangan berakhirnya hukum syarak dengan kaedah syarak yang datang selepasnya. Rumusannya, Nasikh dari sudut istilah ulama Khalaf atau Muta'akhirin ialah: Ketentuan hukum yang datang kemudian iaitu utnuk membatal atau menyatakan berakhirnya masa perlaksanaan hukum terdahulu sekaligus ketentuan yang berlaku ialah yang ditetapkan terakhir atau terkemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)