Bismillah..

Bismillah..

Wednesday, March 25, 2015

SYARAT AL NASAKH...

Untuk menasakhkan sesuatunas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu,iaitu:

A) (ان يكون الحكم المنسوخ حكما شرعيا عليما لا عقليا) , 
iaitu hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap.Contohnya: setiap yan hidup pasti mati.Ia tidak mungkin dpaat dinaskhkan lagi.

B) (ان يكو ن الحكم المنسوخ  ليس كليا) ,
iaitu hukum yang dinaskhkan dan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh atau kulli.Justeru itu, al-Qawa'id al-Kulliyayah serta apa yang disepakati oleh ulama sudut kebaikan dan keburukan,seperti: Amanah,adil,zalim,bohong, dan lainnya tidak mungkin dapat dinaskhkan.

C) ( ان يكون الحكم المنسوخ متقد ما في الترول عن النا سخ) .
Hendaklah hukum yang diganti (المنسوخ) turunnya lebih dahulu dari pengganti ( النسخ ).

D) (ان يكون الحكم  المنسوخ ثا بتا بنص غير مؤبد نصا ). 
Hukum yang digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas.Jika begitu akan menimbulkan percanggahan,kerana yang menurunkan nas pengganti dan yang diganti atau nasikh  dan mansukh adalah Allah SWT. Justeru itu,ulama fiqh sepakat jihad tidak akan dinasakhkan.Sebagaimana sabda Baginda Riwayat Anas bin Malik:

                                                             
                                                         الجهاد ماض منذ بعثني الله الى ان يقا تل اخر امتي الخا ل
Maksudnya: Jihad itu dilangsungkan sejak daku diutuskanhingga orang terakhir dikalangan umatku membunuh Dajjal.


E) (ان يكون المنسوخ عنه اهلا للتكليف ) .
Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif.Di samping itu dinaskhkan hukum sebelumnya.

F) ( ان يكون النا سخ خطا يا من الله معا د لا للمنسوخ في قوة ثبوتة ودلا لته او اعلى )
Hendaklah pengganti adalah kitab daripada Allah yang kedudukannya adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan dialahnya.

G) ( تحقق التعا رض بين الدليلين حبيث لا يمكن الجمع بينهما بو جه صحيح )
Jelas pententangan diantara kedua dalil,iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinka, seperti: Ta'wil ,nas tersevut tidak dapat dinaskhkan. Menurut pendapat Imam As-Syafie dan Imam Ahmad ,hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya,tetapi sama sudut jenis.

H) ( ان يكون المنسوخ مما يمكن فيه النسخ كالا حكام الفرعيه ) .
Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al-Nasakh , seperti: Hukum furu' . Seterusnya,kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat Baginda.

No comments:

Post a Comment